haa tengok dia mengintai ;)
hit counter

Novel ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Saturday, January 5, 2013

Karya buat Ayah.

tertutup bibir dengan mata mu.seketap erat bibir ini apabila mahu berkata. mungkin engkau pandai bermain kata . tapi bukan diriku kau permainkan AYAH . lirikan tajam mata mu membuat kan ku sayu dihati. mengenang rindu yang tak pernah di ungkap. kau pandai bermain akal. tapi bukan ku kau sogokkan dengan wang yang kau terbangi di atas diriku , aku hanya ingin di selimuti dengan kasih sayang mu AYAH. aku hanya ingin di kejuti dengan alunan suaramu di setiap subuh ku. NAMUN allah lagi mengerti perjalanan hidup ku :'( hanya ku mampu sampaikan melalui puisi ini untuk mu :'(

Ayah....
Engkau insan pertama yang melihat diriku..
Engkau insan pertama yang kucup diriku..
Tanpamu ku lelah tak berdaya..
Tanpamu takkan ku jejak dunia ini..

Ayah....
Kau insan yang bertakhta di sanubariku..
Kau insan yang tak dapat ku gambarkan sayang ku pada mu..
Belaian manjamu membungkam sejuta pahit dukaku..
Tanpamu ku tak kenali siapa diri ini ayah..

Ayah....
Ku bukan mahukan harta benda didunia ini..
Ku hanya mahu kasih sayang belaian manjamu..
Keprihatinan dari mu ayah..
Jangan pernah kau lupa mencurah sayangmu kepada anak mu ini..
Jangan kau alpa dengan kenikmatan yang membutakan mata hati mu..

Ayah....
Sungguh tabahnya dirimu..
Jasamu tetap ku kenang hingga ke Janatul Firdaus..
Walaupun diriku tiada lagi tempat di hati sanubari mu..
Mungkin ia membutakan matamu..

Kini....
Hari semakin tua..
Tiada makna hidupku tanpa kasihmu ayah..
Sayangmu mungkin bukan milikku lagi..
Mungkin diri ku telah banyak menderhaka padamu..

Sungguh....
terkilan hati ku tiada erti padamu ayah..
kau hampar kan ku dengan berjuta pilu..
titisan airmata rindu tiada pandangan lagi dari mu..
tak seperti dulu..
Kau sungguh dibutakan dengan dunia penipuan..

Anakmu....
hanya seuntai kata dapatku bisikan..
ayah..
hanya kau yang terpaut dihati ini..
hanya kau yang ada rindu ku ini..
meskipun diri ku seperti pengemis jalanan..
terhadap ayah ku sendiri..
jangan dibutakan hati melihat keikhlasan..
mungkin ini baru permulaan..
untukku mencapai kejayaan,,
hanya sekadar kau memandang seperti babu mencari makan..

Nukilan ,
Fatin Natasha Nari Musa

hm, hanya manusia mentah bermain kata..bermain kata kerana terluka melihat kelakuan celaka muu. aku kau biarkan seperti daun berterbangan di padang pasir yang semakin kelam di timbusi pasir.. dimana terletaknya diri ku di hati mu AYAH ? Aku hanya ingin berkasih kan ayah dalam hidup ku :'( ini takdir ku. takdir ku menentukan mu bukan disisi ku :'(

No comments:

Post a Comment