haa tengok dia mengintai ;)
hit counter

Novel ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, October 26, 2012

sesuatu erti .

mood : diluaran tak sama didalaman .

kadang-2 aku terfikir dengan diri aku sendiri . Aku ni seorang yang pentingkan diri ke? seorang yang menyakitkan hati orang lain ke? Atau seseorang yang sering Membuat orang menyampah dengan aku ?

aku cuba jaga setiap hati kawan-2 aku . susah nak ditaksirkan apa yang terbuku dihati mereka tapi aku cuba untuk memahami jugak ! sedaya upaya aku akan cuba untuk mengerti . Dosa dengan Allah kita boleh Bertaubat TAPI dengan Manusia ? kita perlu mintak maaf kan ?

aku mencari erti kawan and aku mencari apa itu erti pengorbanan sejati . Kadang NILAI kasih sayang yang ikhlas kita tak dapat tunjukkan tapii orang lain  dapat nilai kan . Aku sedang belajar erti kesabaran sekarangg . setiap orang takkan lepas dengan dugaan and masalah yang menimpa diri seseorang itu Sebab tanpa dugaan and Masalah . sampai Bila kita nak matang and mengambil pengajaran demi kebaikann diri untuk jadi panduan kehidupan yang akan datang nanti .

aku bukan Tuhan yang boleh baca hati dah perasaan orang lain . aku pun bukan Tuhan yang mengatur langkah dan takdir hidup ku nanti tapi AKU seorang Khalifah yang ditugaskan untuk berbakti kepada-Nya  . aku seorang hamba yang sentiasa di Uji KEIMANAN DAN KETAKWAAN aku sebagai umat-Mu .

hati orang lain lain . bukan yang dipandang itu yang Tulen tapi yang Dirasai itu yang seTulennya . kadang-2 orang hanya senyum dibibir , tapi dihati hanya satu menyembunyian disebalik apa yang kita lihat . aku tahu siapa kawan dan siapa lawan .

maybee aku sedang dibutai . tapi firasat ku sering berkata . ni la realiti hidup yang aku sedang lakoni.

aku bersyukur diberi peluang bernafas hari ni . aku perlu teruskan kehidupan ku Hanya Kerana Allah .

No comments:

Post a Comment